lockStd

Showing posts with label SYM. Show all posts
Showing posts with label SYM. Show all posts

Thursday, May 21, 2020

MaxSYM TL 500 Super Scooter SYM

Sejak di pertontonkan kepada umum di EICMA Milan pada 2018 scooter MaxSYM TL
 
500 sudah mula diperkatakan di dalam komuniti permotoran. Akhirnya pada 19-May-2020 ianya diluncurkan di Malaysia oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. melalui LIVE di FB page SYM Malaysia

Skuter Maxi ini merupakan produk pertama dari
 
pengeluar skuter terkemuka dunia, SYM yang menggunakan enjin twin-cylinder penyejukan cecair DOHC 8 injap yang berkapasiti enjin 465 cc. Kuasa maksimum skuter ini adalah 30 kW pada 6,750 rpm manakala tork maksima 42.5 Nm pada 6,250.

Model ini dikatakan model skuter pertama yang menggunakan sistem rantai sebagai final-drive yang dipasang di Malaysia. Ianya menggunakan sistem suspensi belakang multi-link single sided mono manakala dibahagian depan sistem suspensi suspensi terbalik. Sistem brek hadapan dilengkapi dengan dua cakera 275 mm dengan 4-piston caliper semestinya dengan ABS manakala bahadian belakang juga menggunakan cakera 275 mm juga dengan ABS. Sistem brek ABS ini pastinya membolehkan skuter gergasi ini
 
diberhentikan dengan selamat. Sementara itu brek parking atau kita biasa sebut hand-brake pula dikombinasikan dengan tongkat sisi. Sebaik tongkat sisi diturunkan brake parking juga turut terpasang.

Antara fitur utama seperti yang disebut di dalam brosur yang dibekalkan adalah lampu
 
besar LED yang amat terang, penghadang angin yang boleh
 
dilaras untuk menyesuaikan dengan penunggang, cermin sisi sporti yang boleh dilipat, paparan meter TFT 4.5 inci yang dilaras pencahayaannya secara automatik dan ruang bagasi yang besar. Disamping itu di bahagian depan terdapat dua ruang kecil untuk alatan seperti henfon
 
yang juga dilengkapi dengan pengecas USB 2.0.

Model ini di datangkan dengan tiga warna menarik iaitu Hitam, Biru dan Kelabu. Harganya pula adalah RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Model ini akan sampai ke wakil-wakil penjual pada bulan Julai 2020. Sementara menanti ketibaan skuter ini, tempahan boleh dilakukan di wakil-wakil penjual sah SYM di seluruh negara.

Spesifikasi penuh dan maklumat lanjut boleh didapati di website SYM Malaysia. Video promosi produk pula boleh dilihat di youtube. Jangan lupa subscribe chanel saya ya

Video



Brosur



Read More »

Wednesday, May 20, 2020

SYM VF3i 185 LE Edisi terhad dengan ABS

 
Nama SYM VF3i sudah berada di bibir peminat motorsikal sejak 2018 lagi apabila model ini pertama kalinya di perkenalkan di Malaysia. Selepas setahun versi V2 pula diperkenalkan dengan warna dan grafik yang lebih menarik. Tidak berhenti di situ saja, MForce selaku pengedar sah SYM di Malaysia meluncurkan varian edisi terhad VF3 185i ini yang turut dipasang dengan sistem brek ABS. Warna matt-grey dihiasi indah dengan grafik berwarna hijau-epal dan rim hijau betul-betul menampakan mengapa varian ini dipanggil edisi terhad.

Apa yang menarik seperti yang diulas oleh En Asri Ahmad yang merupakan Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings, enjin bagi varian VF3 ini telah dinaik taraf oleh jurutera-jurutera SYM berdasarkan maklum balas dari pemilik2 varian terdahulu. Enjin
 
masih lagi SOHC 183cc satu selinder penyejukan cecair tetapi kuasa enjin dipertingkatkan menjadi 19.7 HP pada 9,000 rpm dan daya kilas 17.4 Nm pada 7500 rpm.

Peningkatan ketara berbanding model terdahulu yang seharusnya dimengertikan kenapa 'tagline' LAGI BERDESUP digunapakai sewaktu pelancarannya. Peningkatan kuasa enjin ini diikuti dengan SYM menaiktarafkan kepala selinder, aci sesondol, injap-injap berserta
 
spring dan juga lengan jumpelang (rocker-arm). Tidak cukup di situ aci pengimbang (balance shaft) turut dipertingkatkan untuk mengimbangi gegaran enjin akibat dari peningkatan kuasa. Badan pendikit dibesarkan dari 28 mm sebelum ini kepada 30 mm selain struktur dalaman peredam bunyi untuk pengaliran gas yang lebih lawas. Banyak juga toyol-toyol dalam VF3 edisi terhad ni kan.

 
Seperti varian sebelumnya lampu hadapan, lampu belakang, lampu penunjuk arah dan juga DRL masih mengekalkan spesifikasi sebelumnya. Terdapat sedikit kelainan dari segi warna pada paparan meter kelajuan. Lampu paparan LCD juga ditukarkan kepada warna biru.

Untuk sistem brek, VF3 masih mengekalkan sistem cakera tunggal dengan diameter 250
 
mm di depan dan 200 mm di belakang. Cakera breknya ditukarkan ke jenis 'petal' berbanding bulat pada versi terdahulu. Apa yang menjadi ciri khusus edisi terhad ini adalah sistem brek ABSnya. Varian ini turut mencipta rekod di Malaysia kerana ia adalah kapcai pertama dipasang dan dijual di Malaysia dengan sistem brek ABS

SYM VF3 185i LE ini didatangkan dengan warna matt grey berharga RM9,338.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. MForce juga menawarkan jaminan pengeluar dua tahun atau jarak tempoh 20,000 kilometer (mana yang lebih awal).

Read More »

Sunday, October 27, 2019

Pelancaran SYM VF3 V2

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce) pengedar tunggal SYM di Malaysia hari ini melancarkan versi ke 2 atau lebih dikenali sebagai V2 salah satu produk andalan mereka iaitu SYM VF3i - kapcai dengan sesaran enjin terbesar didunia. Pelancaran dilakukan sekali dengan perasmian kedai SMART Shop SYM iaitu Chai Ken Motorcycle Sdn. Bhd.

Motosikal yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, enjin suntikan bahan api ini masih lagi mempunyai kuasa maksimum setinggi 17.7 hp pada 8,500 rpm. Nampaknya motosikal ini masih lagi menggunakan enjin yang sama seperti versi terdahulu. Walaupun begitu kapcai ini masih lagi kapcai standard kilang yang terlaju seperti yang dinyatakan di dalam brosur.

Sesuatu yang menarik kali ini adalah warna. Warna emas seakan-akan sama seperti edisi yang dijual di Greece. Selain dari warna tersebut warna-warna lazim seperti biru, merah dan kelabu juga boleh didapati kali ini. Grafik yang lebih sporti membuatkan VF3i V2 ini kelihatan lebih menarik.

 
Di muka surat belakang brosur terdapat fitur-fitur yang cuba diketengahkan. Antara yang menarik adalah tangki petrol terbesar didalam kelasnya
yang mampu mengisi sebanyak 7 liter bahanapi untuk setiap isian. Fitur ini akan membuatkan penunggang kurang berhenti untuk isi-ulang bahanapi dalam perjalan jauh mereka

Selain itu MForce turut menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (yang mana dahulu) kepada model ini.

SYM VF3i V2 ini hadir dengan dua edisi iaitu edisi biasa dan edisi khas. Untuk edisi biasa terdapat tiga pilihan warna iaitu Biru, Merah dan Kelabu dan dijual pada harga RM8,338.00. Untuk Edisi Khas, VF3i tampil dengan warna Emas dan dijual pada harga RM8,638.00 (Tidak termasuk SST dan bayaran lain) .

Silalah ke kedai-kedai wakil penjual SYM untuk menjadi antara yang pertama memilikinya.

Jangan baca tajuk je ye. Biasala untuk tarik minat orang membaca


 
Read More »