lockStd

Thursday, May 21, 2020

MaxSYM TL 500 Super Scooter SYM

Sejak di pertontonkan kepada umum di EICMA Milan pada 2018 scooter MaxSYM TL
 
500 sudah mula diperkatakan di dalam komuniti permotoran. Akhirnya pada 19-May-2020 ianya diluncurkan di Malaysia oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. melalui LIVE di FB page SYM Malaysia

Skuter Maxi ini merupakan produk pertama dari
 
pengeluar skuter terkemuka dunia, SYM yang menggunakan enjin twin-cylinder penyejukan cecair DOHC 8 injap yang berkapasiti enjin 465 cc. Kuasa maksimum skuter ini adalah 30 kW pada 6,750 rpm manakala tork maksima 42.5 Nm pada 6,250.

Model ini dikatakan model skuter pertama yang menggunakan sistem rantai sebagai final-drive yang dipasang di Malaysia. Ianya menggunakan sistem suspensi belakang multi-link single sided mono manakala dibahagian depan sistem suspensi suspensi terbalik. Sistem brek hadapan dilengkapi dengan dua cakera 275 mm dengan 4-piston caliper semestinya dengan ABS manakala bahadian belakang juga menggunakan cakera 275 mm juga dengan ABS. Sistem brek ABS ini pastinya membolehkan skuter gergasi ini
 
diberhentikan dengan selamat. Sementara itu brek parking atau kita biasa sebut hand-brake pula dikombinasikan dengan tongkat sisi. Sebaik tongkat sisi diturunkan brake parking juga turut terpasang.

Antara fitur utama seperti yang disebut di dalam brosur yang dibekalkan adalah lampu
 
besar LED yang amat terang, penghadang angin yang boleh
 
dilaras untuk menyesuaikan dengan penunggang, cermin sisi sporti yang boleh dilipat, paparan meter TFT 4.5 inci yang dilaras pencahayaannya secara automatik dan ruang bagasi yang besar. Disamping itu di bahagian depan terdapat dua ruang kecil untuk alatan seperti henfon
 
yang juga dilengkapi dengan pengecas USB 2.0.

Model ini di datangkan dengan tiga warna menarik iaitu Hitam, Biru dan Kelabu. Harganya pula adalah RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Model ini akan sampai ke wakil-wakil penjual pada bulan Julai 2020. Sementara menanti ketibaan skuter ini, tempahan boleh dilakukan di wakil-wakil penjual sah SYM di seluruh negara.

Spesifikasi penuh dan maklumat lanjut boleh didapati di website SYM Malaysia. Video promosi produk pula boleh dilihat di youtube. Jangan lupa subscribe chanel saya ya

Video



Brosur



Read More »

Wednesday, May 20, 2020

SYM VF3i 185 LE Edisi terhad dengan ABS

 
Nama SYM VF3i sudah berada di bibir peminat motorsikal sejak 2018 lagi apabila model ini pertama kalinya di perkenalkan di Malaysia. Selepas setahun versi V2 pula diperkenalkan dengan warna dan grafik yang lebih menarik. Tidak berhenti di situ saja, MForce selaku pengedar sah SYM di Malaysia meluncurkan varian edisi terhad VF3 185i ini yang turut dipasang dengan sistem brek ABS. Warna matt-grey dihiasi indah dengan grafik berwarna hijau-epal dan rim hijau betul-betul menampakan mengapa varian ini dipanggil edisi terhad.

Apa yang menarik seperti yang diulas oleh En Asri Ahmad yang merupakan Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings, enjin bagi varian VF3 ini telah dinaik taraf oleh jurutera-jurutera SYM berdasarkan maklum balas dari pemilik2 varian terdahulu. Enjin
 
masih lagi SOHC 183cc satu selinder penyejukan cecair tetapi kuasa enjin dipertingkatkan menjadi 19.7 HP pada 9,000 rpm dan daya kilas 17.4 Nm pada 7500 rpm.

Peningkatan ketara berbanding model terdahulu yang seharusnya dimengertikan kenapa 'tagline' LAGI BERDESUP digunapakai sewaktu pelancarannya. Peningkatan kuasa enjin ini diikuti dengan SYM menaiktarafkan kepala selinder, aci sesondol, injap-injap berserta
 
spring dan juga lengan jumpelang (rocker-arm). Tidak cukup di situ aci pengimbang (balance shaft) turut dipertingkatkan untuk mengimbangi gegaran enjin akibat dari peningkatan kuasa. Badan pendikit dibesarkan dari 28 mm sebelum ini kepada 30 mm selain struktur dalaman peredam bunyi untuk pengaliran gas yang lebih lawas. Banyak juga toyol-toyol dalam VF3 edisi terhad ni kan.

 
Seperti varian sebelumnya lampu hadapan, lampu belakang, lampu penunjuk arah dan juga DRL masih mengekalkan spesifikasi sebelumnya. Terdapat sedikit kelainan dari segi warna pada paparan meter kelajuan. Lampu paparan LCD juga ditukarkan kepada warna biru.

Untuk sistem brek, VF3 masih mengekalkan sistem cakera tunggal dengan diameter 250
 
mm di depan dan 200 mm di belakang. Cakera breknya ditukarkan ke jenis 'petal' berbanding bulat pada versi terdahulu. Apa yang menjadi ciri khusus edisi terhad ini adalah sistem brek ABSnya. Varian ini turut mencipta rekod di Malaysia kerana ia adalah kapcai pertama dipasang dan dijual di Malaysia dengan sistem brek ABS

SYM VF3 185i LE ini didatangkan dengan warna matt grey berharga RM9,338.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. MForce juga menawarkan jaminan pengeluar dua tahun atau jarak tempoh 20,000 kilometer (mana yang lebih awal).

Read More »

Sunday, March 29, 2020

Daun semambu dan Covid-19

Bermula dengan satu sms yang tular di media sosial menyatakan anak beliau sembuh dari covid-19 dengan hanya menggunakan daun semambu.

Satu info bergambar menjelaskan fakta tentang daun semambu pun tular juga. Info bergambar ini menjelaskan perihal daun semambu yang digunaka secara tradisional untuk merawat deman dan jangkitan terutama yang disebabkan oleh bakteria. Walaupu begitu dari segi perubatan tiada dos yang jelas dinyatakan. Menurut info bergambar itu lagi jika digunakan pada kanak-kanak ia mungkin boleh membawa maut. Cukup-cukuplah penggunaan daun semambu ini dibahagian luar badan sahaja dan jangan diminumm kerana belum terbukti kesahihan dari segi saintifik

Read More »