lockStd

Saturday, November 21, 2015

Suhan.... Qom favourite food

ini di qom... berbekalkan title pelancong dari malaysia, kami dapat masuk dapur kedai buat suhan... makanan femes di sini. rasa macam cucuq kita saja tapi sangat tebal dengan rempah-ratus. kedai biasa2 saja ni.... kalau yang femes kedai lain la... boleh cecah beratus dollar satu bekas. ikut ceritanya suhan ini berasal dari qom... jika diluar qom tu bukan ori la.... thats all...
kalau nak try buat nah click sini untuk resepinya... kalau jadi bagi tau na... boleh la nak beli satu hahaha
Read More »

Saturday, November 14, 2015

Accomodation di Koh Samui

Kalau ada yang nak ke Koh Samui saya rekomenkan tempat berikut

Nama tempat : Suphonpon Cottage
Lokasi : Lamai Beach
Harga : 250 ke 350 baht



Gambar tu gambar tahun 2014 waktu buat Ride Itik ke Samui... lagi foto tentang cottage tersebut



ada anjing comel... hon sen namanya... mula2 tu kalut juga... manja dia. dia tau kata kita tak boleh sentuh dia.


Read More »

Angkor Wat revisit 2015 (plan)

14-Nov-2015
Menghitung hari untuk menjejaki semula kuil purba di Siem Riep. Gambar di atas di ambil pada bulan Dec-2013.... 2 tahun selepas tu nak cuba ambil shot di tempat yang sama juga

Di dalam blog ini ada menceritakan pengalaman dari backpacking ke Cambodia. Raji2n la check artikel lama kalau nak baca
Read More »

Sunday, November 8, 2015

Mencuci minyak2 di enjin anda

Sekadar share sedikit tips yang saya perolehi dari seorang rakan untuk mencuci enjin motorsikal anda. Enjin kereta pun boleh juga.

Ramuan2nya
1 tudung penuh cecair pencuci - belasah je cap apa pun
20 sen minyak petrol
air dalam 2 liter

Cara2nya
Masukan semua ramuan ke dalam bekas bertekanan tinggi. Goncang2kan. Kemudian apply pressure. Spraykan. Hasilnya begini

Kemudian bilas dengan air... itu je

Rajin2 tu bacalah cerita2 lain di blog saya ni... Click sini saja
Terima kasih

Read More »

Saturday, November 7, 2015

Kedai repair motor di Krabi

Motor rosak merupakan satu tragedi ni kalau bertouring. Kira2 tu ada dalam doa la mohon ALLAH jauhkan motor dari rosak dalam perjalanan... tapi kita hanya berdoa... kalau sudah ditakdirkan rosak ia berlaku juga.

Begitu jugalah yang berlaku dalam salah satu ride itik... motor FZ kawan kita rosak. Puas mencari kedai repair dari Trang hingga ke Krabi. Last2 kedai Yamaha Krabi bagi tau depan sikit tu ada kedai boleh repair.
Kodinat kedai 8.075394, 98.995411

Kedai ni terletak tepi jalan no 4. Lepas simpang 3 nak masuk Krabi.... dalam 500m kot sebelum PTT tapi PTT tu sebelah kanan.

Harga servis sangat menakjubkan. Overhaul dan ganti bearing dia charge 2700 baht sahaja.

Kalau ada problem sebelah kanan kedai tu ada orang Petani... boleh minta tolong dia translate.

Boleh la nak cuba2....

Beberapa lagi gambar di tempat kejadian untuk memudahkan pengecaman
Dari kedai nampak PTT seberang jalan

Signboard Big C

Saja nak letak gambar ni


Read More »

Sunday, November 1, 2015

Meronda-ronda di Dubai - part 1

tempat ni salah satu yang femes di dubai.... dari epot ambil kereta sapu.... kira2 dia minta 200 cincai la.... tong2 jadi tak banyak sangat rasanya. tour dubai 6 jam dengan 200 tu satu kereta. berbaloikan.
salah satu tempat yang di singgah yang ini... 

tips pada rakan2 yang first time travel.... ambil lah transit time yang lama2. 12 jam ka 15 jam ka 24 jam ka 2 hari ka grin emoticon grin emoticon grin emoticon supaya ada kesempatan keluar dari epot dan meronda. bila lagi nak singgah2

pendek saja hari ni...
Read More »