lockStd

Saturday, November 7, 2015

Kedai repair motor di Krabi

Motor rosak merupakan satu tragedi ni kalau bertouring. Kira2 tu ada dalam doa la mohon ALLAH jauhkan motor dari rosak dalam perjalanan... tapi kita hanya berdoa... kalau sudah ditakdirkan rosak ia berlaku juga.

Begitu jugalah yang berlaku dalam salah satu ride itik... motor FZ kawan kita rosak. Puas mencari kedai repair dari Trang hingga ke Krabi. Last2 kedai Yamaha Krabi bagi tau depan sikit tu ada kedai boleh repair.
Kodinat kedai 8.075394, 98.995411

Kedai ni terletak tepi jalan no 4. Lepas simpang 3 nak masuk Krabi.... dalam 500m kot sebelum PTT tapi PTT tu sebelah kanan.

Harga servis sangat menakjubkan. Overhaul dan ganti bearing dia charge 2700 baht sahaja.

Kalau ada problem sebelah kanan kedai tu ada orang Petani... boleh minta tolong dia translate.

Boleh la nak cuba2....

Beberapa lagi gambar di tempat kejadian untuk memudahkan pengecaman
Dari kedai nampak PTT seberang jalan

Signboard Big C

Saja nak letak gambar ni


No comments:

Post a Comment