lockStd

Monday, March 11, 2019

Media Ride To Betong (Part 2)

Hari kejadian.... media paling awal yang hadir Ridzuan dari Roda-Roda. Dia bermalam di Penang. Izzudin dari WTR dan Hanif dari Motopacker disusuli oleh Roger dari I-Moto dan Chriss dari Piston.my. Alfishahrin merupakan guest media turut hadirkan diri. Kadiax dari Kapcai mai naik kereta, kita kasi dia parking VIP. Abg Salihin dari Motorev hantar wakil. Dia pun mai juga.

Media2 yang hadir
Setelah mendaftar, pihak MForce melalui Azmir membuat briefing berkenaan program ini disusuli sepatah dua kata dari GM En Asri yang turut sudi untuk flag-off pada pukul 3.30pm dari kilang SYM di Alma yang juga merupakan HQ kepada produk2 SYM, Benelli, Keeway, SM Sport, Brixton dan WMoto.

Media2 dibahagikan kepada 2 kumpulan... kumpulan laju. Memang laju betul grup ni. Mereka boleh berehat hinggakan ada yang sempat tidur sebelum kumpulan lambat sampai. RV point di Petron Pengkalan Hulu. Jarak 90km tu memang tak jauh pun. Tak dan panas bontot dah sampai situ. Kami dalam lori putih dah terlena sementara nak sampai. hihihi


Siap isi petrol untuk motor2 tangki kecil, konvoi terus menghala ke pintu sempadan. Tak ada masalah di sebelah Malaysia. Singgah di Kedai Bebas Cukai membeli sedikit buah tangan dan minuman ringan penghilang haus. Polis di sempadan sekadar bertanya dan melihat dokumen kereta sahaja. Dokumen motor agen kami dah setelkan.


First time pegawai imigresen sambut kami... imigresen Thailand keluar dari ofis sambut kami. Bangga beb. Sempat bergambar bersama beliau dan menghadiahkan beberapa cenderahati. Walaupun begitu urusan imigresen tetap kena buat. Dokument TM3 dan TM4 (untuk kami yang berkereta) tetap kena submit. Cepat dan efisien. Itulah kesimpulan di pejabat imigresen Betong.

Buat borang Kastam
Seterusnya di Kastam Thailand. Sini macam biasala kena submit dokumen seperti geran dan surat kebenaran sebab motor2 tu motor syarikatkan. Jadi beraturlah. Apa pun cepat urusannya. Sempat juga bergambar bersama Ketua Kastam di situ. Itulah kelebihan jika diuruskan oleh agen. Orang lain dok tepi sat. VIP nak lalu ni.

Setelah siap urusan disempadan, hos kami, Abg Halim bawa tukar duit. Apa lagi pakat2 tukar semua. Lama jugalah urusan tukar duit ni. Khabarnya jumlah yang ditukar tu agak banyak sehingga tokey tukar wang tu kena pi ambil duit tambahan didalam peti besinya. Dia cakap siam jadi ramai yang tak tahu.

Butterfly Hotel... disitulah kami menginap. Hotel yang bersih dan sedia menanti kami. Untuk media, diberi privasi yang cukup supaya mereka senang nak tulis apa2 yang patut. Mereka tidak boleh diganggu. Nanti tak ada idea. Kami team support kena sharelah sebab kami takut duduk sorang2. Mau hantu siam mai kacau sat lagi....hahaha

Makan...

Ikan tilapia bakar
Makan malam di Restoran Laila. Nak habag, ikan bakar garam yang dijamu mak ui sedap. Last saya makan sedap gitu di Payao tahun 2015. Ikan tu ikan air tawar. Kami simpulkan sejenis ikan tilapia. Jangan tanya lebih2 sebab siapa pun tak tahu baca di poster penerangan perihal ikan tersebut. Yang boleh baca tak pandai cakap melayu pula. Tengok la gambar2 makanan. Cuma nak cerita cara makan ikan bakar tu. Mula2 ambil daun seperti daun salad. Kutip2 la ulam2 tu letak sekali dalam daun salad. Cubit isi ikan bakar dan balut dengan salad dan ulam2. Cicah dalam sos. Ada sos pedas dan ada yang tidak. Seterusnya bismillah dan makan la.
Cong apa sampai depa ternganga hahaha
Seekor ikan tu tak cukup untuk kami semua jadi Abg Halim order 7 ekor. Dari sedap ikan tu sampai tak sedap jadinya. Sebabnya lepas makan ada lagi. Makan lagi ada lagi. Perut dah buncit pun ada lagi. Tak sedap la tu kan. Kalau sedap habis.

Dengan perut buncit kami semua balik ke hotel. Acara tu habis gitu saja. Semua kena tido awal sebab esok kena bangun awal. Jam 4 waktu Malaysia kami nak ke Iyerweng. Cerita lain pulak la. Cikgu kata 500 perkataan saja sekali tulis.


OK dech
Read More »

Friday, March 8, 2019

Media Ride To Betong (Part 1)

Antara keseronokan bekerja di MForce ni adalah dapat berinteraksi bersama rakan2 media.... dari media elektronik maupun media konvensional seperti majalah dan juga suratkhabar.

Bulan November lepas GM kami mencetuskan idea untuk mengadakan satu ride bersama media. Pucuk dicita ulam mendatang ni. Tanpa ragu dan tanpa berfikir panjang... sememangnya kami di MForce memang begitu... asal boss bagi idea kami ON saja untuk melaksanakannya. Company sukses kami pun sukses juga

Plan asal nak buat pada bulan Januari... memandangkan bulan Disember kami penuh dengan aktiviti. Ada dua pelancaran model baru pada bulan tersebut. Tup tup jenama H dah ada program. Jadi kami terpaksa tunda. Tak elok buat rancangan clash dengan orang. Nanti orang buat kan kita kan.....

Sedang ushar2 tarikh yang sesuai dari kalendar cina... tetiba dapat info - geng RFS150 ada nak buat mega gathering di Betong. Apa lagi terus lock date. Dah lock date kerja backward. My expertise kerja backward dan last minute ni.


Staff bertanya... nak buat apa dulu ni...

Tuhan bersama mereka yang berusaha... idea datang mencurah2. Hantar saja undangan kepada media. Dah hantar undangan baru kalut cari siapa nak uruskan di Betong ni. Ada lah beberapa nama tapi nama Halim YB berada di atas sekali.

Call dia... brief dia sekali lalu. Orang kalau dah berpengalaman ni kita bagi tau secara am apa kita nak saja. 2 hari lepas tu dia call balik "aku buat macam ni kat hang...." Macam tu je kami mencapai persetujuan.... hahaha jangan ingat semudah itu na....

Dua hari lepas tu.... Abg Halim bagi tahu bilik ada 8 saja. nahaih.... Nasib baik la media yang kami undang tu ada yang tak dapat ikut. Nak kata bersyukur tu tak la. Cuma tuhan tahu apa yang bagus untuk hambanya

Urusan di Betong setel...

Seperti biasa... apa lagi... kau kau kau buat ini. kau pula ini. kau yang itu. kamu ejas yang tu. Pendek kata kau kau saja. Siap belaka

Walaupun ber kau kau ada perkara yang menyusahkan.... biasa la last minute. Antaranya perihal souvenir. Mulanya nak bagi replica TNT899 pada Mayor Office tetapi saiz kotak pula. Nak tekan2 price pulak si pembekal. Kesudahannya tak jadi. Dia ingat kita last minute kita akan bayar apa dia nak... kirim salam la

Cukup la dulu kot. Banyak2 pun boring je nanti membaca. Kita sambung bahagian seterusnya ya

Read More »