lockStd

Saturday, March 5, 2016

Big tree Ban Chulaporn Pattana 12 Betong

Well... keinginan untuk melawat pokok terbesar di selatan Thailand tidak pernah pudar. 2x misi sebelum ini tidak berhasil. Kali pertama tidak tahu langsung lokasi. sekadar bertanya kepada penduduk setempat - macam biasa tak der yang tahu. Kali kedua diberi point GPS tetapi salah panduan - masuk kebun orang. Kali ketiga - berhasil

Bagaimana hendak ke sana? Lebih baik dengan petua dari dengan GPS. Inilah petuanya

Lokasi GPS.

Guide to Pohon Besar di Chulaporn Pattana 12 Betong

Dari Post Office Betong hala ke jam besar Betong ikut saja jalan tu... set kan odometer anda kepada 16.1km. Sampai di odometer tersebut kona kanan. Di situ ada post askar Siam. Dari simpang itu anda akan nampak sign board Ban Chulaporn Pattana 10 sebelah kiri. Ride terus dalam 10km anda akan jumpa sign board 'Back To Nature' kona kiri terus sahaja. Jalan tersebut membawa anda ke 3 simpang. Ambil yang turun bukit dan kona kan an. Jalan terus sampai kedai barang. Tanya situ. Depa situ cakap malayu.
Lihat sahaja video masuk ke tempat tersebut

Pokok tu kononnya sudah berusia 1,000 tahun kata tour guide kami tu. Rasanya ia dah patah sebab tak nampak tinggi pun.
Pokok kelihatan rendah sahaja

Sebagai perbandingan foto2 dibawah menunjukan berapa besar pokok tu. Tengok la sendiri berapa besarnya baniag pokok tu. Tour guide kami tu pun nampak kecik saja. Gambar2 lain akan dipostkan di bahagian bawah cerita ini nanti untuk tatapan anda.
Our tour guide

Kampung Chulaporn Pattana 12 ni rasanya sebahagian dari program kampung tersusun Thailand selepas komunis menyerah diri dulu ni. Sebabnya....
Muzium ni tak la besar tapi material dia lengkap

Sebelum mengundurkan diri, pihak pengurusan kampung meminta kami untuk war2kan kampung mereka supaya lebih ramai pelawat datang. Waktu terbaik katanya pada bulan August sebab banyak buah2 kayu. Jadi sila2kanlah

Gambar bersama di depan muzium

Gambar2 lain boleh lah lihat di bawah

Perjalanan ke kampung Chulaporn Pattana 12
Perjalanan ke lokasi pokok
Sekitar lokasi bersama rakan2 Ride Itik
Lain2 yang ada di kampung

Gambar2 dari rakan2 yang pergi

Untuk melihat lebih banyak foto2 terkait, boleh la click here untuk ke FB Omary Othman. Insha Allah apabila rakan2 lain memberi kebenaran untuk kongsi album gambar mereka, album akan di link kan di sini untuk tatapan semua.

Album Hafifi Zahir di sini
Album Syed Hamizan di sini

Cerita tambahan

  1. Ada cerita tambahan lagi trip ni. Nanti lepas dengar cerita saya tulis lagi. Andai anda kawan kepada Abam Azman Ali boleh la view ceritanya di sini
  2. Rajin sikit jadi buat lagi satu karangan tentang lawatan ini. Boleh la tengok di sini
  3. Link untuk satu lagi video di kawasan pokok besar di sini
  4. Pencarian yang gagal - click here

1 comment: