lockStd

Saturday, March 5, 2016

Ride Itek Betong 05-Mar-2016

Timing untuk ride hari ni dah lari... angkara rantai motor yang rosak. Nasib baik check dulu sebelum gerak. Lewat 40 minit dari plan asal. Sebaik Mel sampai gerak ke destinasi. Kami berdua sahaja. Yang lain2 dah gerak lebih awal.

Singgah di titi panjang dulu. Hehe saja nak menyakat Fifi nanti.

Laju juga la set2 ni bawa motor. Puas mengejar tak nampak2 lagi. Sampai ke Pengkalan Hulu baru jumpa mereka. First time jumpa Syed Hamizan. Fren di FB tapi belum pernah jumpa. Aboy pula first time cross border. Fifi hehehe sapa tak kenai. Siap pam sebatang rokok.... mulalah pengalaman baru bagi Aboy. Chop border pass di pos Pengkalan Hulu. Siap urusan di Malaysia terus ke pintu sempadan. Hari ni Polis Sempadan ramah lebih la pula. Nak sembang2 pula... layan je asal tak ada soalan2 pelik.

Di pos imigresen Betong macam biasa. Isi borang arrival / departure. Hari tu dah tengok depa ambik saja borang tu jadi kali ni tak mau bagi depa isi dah. Save RM2. Ambik borang dan tulis dalam buku nombor motor, jenis motor dan sain.
Pihak Imigresen Betong mengarahkan kami mengisi borang TM2 dan TM3. Lepas isi borang kena bayar RM3 pula. Waktu masuk bulan Feb-2016 hari tu tak pula kena isi. BTW ramai lagi bikerz lain.... tak isi pun borang Conveyance tu. Apa punya peraturan daaa
Sumber dari kamera Fifi

Siap urusan imigresen terus pergi makan dulu. Singgah sekejap sebab ada yang dah kelaparan.... Setiap kali masuk Betong mesti singgah sini. Menu kegemaran bubur dan teh o beng. Cuma hari ni tambah koay tiew sup. Semua tu baru RM7.

Siap semua kami mulakan perjalanan jalan2 sekitar Betong dulu. Bawa pusing stadium Betong dan kawasan masat. Nampaknya bisnes masat kurang bagus juga. Tak ramai customer. Terkesan juga depa di sini akibat kejatuhan ringgit. Anyway kami ke sini bukan sebab "sakit tubuh" hahaha cerita di pos imigresen Thailand pagi tadi

Dah habis pusing2 terus ke lokasi pokok besar. Cerita lanjut tentang pokok besar tu boleh dibaca di pautan ini

Dah penat ronda2 kembali ke pekan Betong. Semua dah pakat2 lapar jadi singgah di kedai makan Nan dulu depan Pejabat Pos Betong. Sedap sangat tu tak la tapi harganya berpatutan.
Sumber dari kamera Syed Hamizan


Sementara menunggu makanan dapat tahu abam Azman Ali juga berada di Betong. Ajak dia mai singgah minum dulu. Rupanya dia pun berhajat nak ke lokasi pokok besar. Setelah memberi petua beliau beredar dari situ. Kami meneruskan acara makan2 sampai kekenyangan.

Setel makan ride hala ke jalan nak ke Yala. Singgah di Tong Pos tertinggi. Sempat la posing 2 3 keping sebelum teruskan perjalanan ke tempat yang tulis OK Betong tu.

Selesai di situ, isi minyak sikit berangkat pulang. Selesai misi mencari pokok besar. Ada satu lagi pokok besar di kawasan Piyamit yang akan dijejaki nanti. OTW back lalu titi panjang tapi sengaja tak berhenti. ekekekek tak mau depa ambil gambar kat situ. Nak ambil pergi sendiri la kan

Secara keseluruhan perbelanjaan wajib untuk ride kali ini
  1. Petrol RM10 macam tu sebab banyak lagi dalam tangki untuk perjalanan 250km
  2. Chop passport, surat Kastam dan Conveyance RM9
  3. Makan RM14
  4. Pass masuk pokok besar RM6
  5. Keseluruhan perbelanjaan cuma RM39
Sekian sahaja dulu untuk trip 05-Mar-2016

Pautan / Link

  1. Pokok Besar
  2. Lokasi Pokok Besar - GPS

No comments:

Post a Comment