lockStd

Showing posts with label communist. Show all posts
Showing posts with label communist. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Big tree Ban Chulaporn Pattana 12 Betong

Well... keinginan untuk melawat pokok terbesar di selatan Thailand tidak pernah pudar. 2x misi sebelum ini tidak berhasil. Kali pertama tidak tahu langsung lokasi. sekadar bertanya kepada penduduk setempat - macam biasa tak der yang tahu. Kali kedua diberi point GPS tetapi salah panduan - masuk kebun orang. Kali ketiga - berhasil

Bagaimana hendak ke sana? Lebih baik dengan petua dari dengan GPS. Inilah petuanya

Lokasi GPS.

Guide to Pohon Besar di Chulaporn Pattana 12 Betong

Dari Post Office Betong hala ke jam besar Betong ikut saja jalan tu... set kan odometer anda kepada 16.1km. Sampai di odometer tersebut kona kanan. Di situ ada post askar Siam. Dari simpang itu anda akan nampak sign board Ban Chulaporn Pattana 10 sebelah kiri. Ride terus dalam 10km anda akan jumpa sign board 'Back To Nature' kona kiri terus sahaja. Jalan tersebut membawa anda ke 3 simpang. Ambil yang turun bukit dan kona kan an. Jalan terus sampai kedai barang. Tanya situ. Depa situ cakap malayu.
Lihat sahaja video masuk ke tempat tersebut

Pokok tu kononnya sudah berusia 1,000 tahun kata tour guide kami tu. Rasanya ia dah patah sebab tak nampak tinggi pun.
Pokok kelihatan rendah sahaja

Sebagai perbandingan foto2 dibawah menunjukan berapa besar pokok tu. Tengok la sendiri berapa besarnya baniag pokok tu. Tour guide kami tu pun nampak kecik saja. Gambar2 lain akan dipostkan di bahagian bawah cerita ini nanti untuk tatapan anda.
Our tour guide

Kampung Chulaporn Pattana 12 ni rasanya sebahagian dari program kampung tersusun Thailand selepas komunis menyerah diri dulu ni. Sebabnya....
Muzium ni tak la besar tapi material dia lengkap

Sebelum mengundurkan diri, pihak pengurusan kampung meminta kami untuk war2kan kampung mereka supaya lebih ramai pelawat datang. Waktu terbaik katanya pada bulan August sebab banyak buah2 kayu. Jadi sila2kanlah

Gambar bersama di depan muzium

Gambar2 lain boleh lah lihat di bawah

Perjalanan ke kampung Chulaporn Pattana 12
Perjalanan ke lokasi pokok
Sekitar lokasi bersama rakan2 Ride Itik
Lain2 yang ada di kampung

Gambar2 dari rakan2 yang pergi

Untuk melihat lebih banyak foto2 terkait, boleh la click here untuk ke FB Omary Othman. Insha Allah apabila rakan2 lain memberi kebenaran untuk kongsi album gambar mereka, album akan di link kan di sini untuk tatapan semua.

Album Hafifi Zahir di sini
Album Syed Hamizan di sini

Cerita tambahan

  1. Ada cerita tambahan lagi trip ni. Nanti lepas dengar cerita saya tulis lagi. Andai anda kawan kepada Abam Azman Ali boleh la view ceritanya di sini
  2. Rajin sikit jadi buat lagi satu karangan tentang lawatan ini. Boleh la tengok di sini
  3. Link untuk satu lagi video di kawasan pokok besar di sini
  4. Pencarian yang gagal - click here
Read More »

Ride Itek Betong 05-Mar-2016

Timing untuk ride hari ni dah lari... angkara rantai motor yang rosak. Nasib baik check dulu sebelum gerak. Lewat 40 minit dari plan asal. Sebaik Mel sampai gerak ke destinasi. Kami berdua sahaja. Yang lain2 dah gerak lebih awal.

Singgah di titi panjang dulu. Hehe saja nak menyakat Fifi nanti.

Laju juga la set2 ni bawa motor. Puas mengejar tak nampak2 lagi. Sampai ke Pengkalan Hulu baru jumpa mereka. First time jumpa Syed Hamizan. Fren di FB tapi belum pernah jumpa. Aboy pula first time cross border. Fifi hehehe sapa tak kenai. Siap pam sebatang rokok.... mulalah pengalaman baru bagi Aboy. Chop border pass di pos Pengkalan Hulu. Siap urusan di Malaysia terus ke pintu sempadan. Hari ni Polis Sempadan ramah lebih la pula. Nak sembang2 pula... layan je asal tak ada soalan2 pelik.

Di pos imigresen Betong macam biasa. Isi borang arrival / departure. Hari tu dah tengok depa ambik saja borang tu jadi kali ni tak mau bagi depa isi dah. Save RM2. Ambik borang dan tulis dalam buku nombor motor, jenis motor dan sain.
Pihak Imigresen Betong mengarahkan kami mengisi borang TM2 dan TM3. Lepas isi borang kena bayar RM3 pula. Waktu masuk bulan Feb-2016 hari tu tak pula kena isi. BTW ramai lagi bikerz lain.... tak isi pun borang Conveyance tu. Apa punya peraturan daaa
Sumber dari kamera Fifi

Siap urusan imigresen terus pergi makan dulu. Singgah sekejap sebab ada yang dah kelaparan.... Setiap kali masuk Betong mesti singgah sini. Menu kegemaran bubur dan teh o beng. Cuma hari ni tambah koay tiew sup. Semua tu baru RM7.

Siap semua kami mulakan perjalanan jalan2 sekitar Betong dulu. Bawa pusing stadium Betong dan kawasan masat. Nampaknya bisnes masat kurang bagus juga. Tak ramai customer. Terkesan juga depa di sini akibat kejatuhan ringgit. Anyway kami ke sini bukan sebab "sakit tubuh" hahaha cerita di pos imigresen Thailand pagi tadi

Dah habis pusing2 terus ke lokasi pokok besar. Cerita lanjut tentang pokok besar tu boleh dibaca di pautan ini

Dah penat ronda2 kembali ke pekan Betong. Semua dah pakat2 lapar jadi singgah di kedai makan Nan dulu depan Pejabat Pos Betong. Sedap sangat tu tak la tapi harganya berpatutan.
Sumber dari kamera Syed Hamizan


Sementara menunggu makanan dapat tahu abam Azman Ali juga berada di Betong. Ajak dia mai singgah minum dulu. Rupanya dia pun berhajat nak ke lokasi pokok besar. Setelah memberi petua beliau beredar dari situ. Kami meneruskan acara makan2 sampai kekenyangan.

Setel makan ride hala ke jalan nak ke Yala. Singgah di Tong Pos tertinggi. Sempat la posing 2 3 keping sebelum teruskan perjalanan ke tempat yang tulis OK Betong tu.

Selesai di situ, isi minyak sikit berangkat pulang. Selesai misi mencari pokok besar. Ada satu lagi pokok besar di kawasan Piyamit yang akan dijejaki nanti. OTW back lalu titi panjang tapi sengaja tak berhenti. ekekekek tak mau depa ambil gambar kat situ. Nak ambil pergi sendiri la kan

Secara keseluruhan perbelanjaan wajib untuk ride kali ini
  1. Petrol RM10 macam tu sebab banyak lagi dalam tangki untuk perjalanan 250km
  2. Chop passport, surat Kastam dan Conveyance RM9
  3. Makan RM14
  4. Pass masuk pokok besar RM6
  5. Keseluruhan perbelanjaan cuma RM39
Sekian sahaja dulu untuk trip 05-Mar-2016

Pautan / Link

  1. Pokok Besar
  2. Lokasi Pokok Besar - GPS
Read More »

Wednesday, January 27, 2016

In searching of the Betong Big Tree

Dok dengar cerita pasal pokok besar atau big tree ni dah lama tapi tak tahu kat mana. So berani2kan diri bertanya di FB-group Adventure Touring Malaysia lokasinya. Someone commented and provide the gps point. Perjalanan ini berlaku pada 27-Jan-2016 yang juga merupakan sebahagian perjalan kerana satu tujuan lagi ke Bukit Awan Nano

Lepas lunch set route - 4062. Dari pekan Betong terus sahaja ikut jalan tu. Target Ban Mo. Tau nama saja. Tempat tak tahu lagi. Orang kata kena lalu 2 titi untuk sampai ke situ. Well jadi lah dah ada panduan.

Sampai di tempat yang agak2 simpang yang di petua kan orang terus belok kanan.
Lihat di bawah untuk gambar2 sekitar titi ini
Jumpa titi. Good sign ni. Gerak lagi.... jumpa lagi another titi. Well I am on the right track. Dari situ petuanya ikut jalan sampai habis. Well just ride thru the bumpy road. Along the way ada yang OK dan ada yang dah rosak. Rumput dah masuk jalan shows that ianya jarang2 digunakan lagi. Then jalan tarmac habis. Jalan tanah merah. Tengok GPS still on the track. The target point is closer.

After 20 mins mula rasa tak berapa betul dah ni... tak kan kebun durian dan kebun getah je ni. No one nak tanya pun. Anjing pun makin banyak Ada persimpangan.... ambil yang kiri naik bukit... sebab orang kata pokok tu atas bukit. Then sampai one point tak sanggup nak ride thru. Jalan semakin teruk.
Nak pass-thru jalan macam ni... no way dengan kapchai
Tengok GPS oh dah melencong laluan. Return balik ke simpang.... ambil kanan.

Laluan semakin kecil.... tapi masih boleh lalu dengan 4WD. After a right turn nah... ada small bridge over a small stream. Too small for any 4 wheelers right
No way even tut tut can pass this small brigde
Confirm tak betul dah ni. Check GPS, it is getting closer. GPS point location behind the right hill - rujuk foto.

Try lah... no harm kan. anyway I made a new route. Jalan sikit lagi then hati rasa berdebar2. Kena pass-thru a house. A small house in the middle of nowhere and looks like a haunted house hahahaha
The haunted house is on the right
OK lah patah balik lah. Dah tak betul jalan pun. Dalam hati.... macam mana kalau sesat on the way back. Line telefon tak ada. Orang pun tak ada. Jalan berselirat.... Try lah....

Finally sampai juga ke starting point... So kena try lagi. This route is definitely a wrong one...

Ada beberapa video yang dibuat di dalam perjalanan ini. Akan di update nanti

Gambar2 lain boleh lah lihat di bawah


View dalam kebun

How to get there


Mudah je sebenarnya. Sesiapa yang pernah hala ke pokok besar Ban Chulaporn Pattana 10 boleh ke sini dengan mudah. Simpang ke tempat di atas merupakan simpang kanan selepas dari simpang ke Ban Chulaporn Pattana 10.

Betong is from left
Simpang kanan ditanda dengan jalan turun bukit, kona naik bukit yang agak curam. Disitu ada simpang kanan.

Untuk memudahkan anda baca artikel ini dan lajak simpang satu lagi dihadapan - iaitu setkan GPS anda melebihi 16.1km
Read More »