lockStd

Sunday, October 13, 2019

Brixton di Malaysia

Brixton, satu jenama baru yang diperkenalkan di Malaysia. Ianya tidak pernah didengari sehinggalah pengedarnya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce) mula memperkenalkan jemana ini di pasaran tempatan. Semenjak ia mula diperkenalkan pada bulan Ogos 2018 motorsikal ini mula mendapat perhatian dikalangan peminat-peminat motosikal terutamanya peminat motosial klasik.

Sehingga kini MForce memasarkan model Klasik, Cafe Racer dan juga mengembalikan nostalgia lama iaitu motosial lasak atau lebih dikenali dengan model Scrambler. Siapa tidak ingat Roy bersiar-siar bersama scramblernya dengan kasut Nike kuning di dalam filem. Harga yang diperkenalkan oleh MForce berbeza untuk
Paparan meter stail klasik
ketiga-tiga versi iaitu RM8,988 untuk versi klasik, RM9,588 untuk Cafe Racer dan RM 9,288 untuk versi Roy

Editor Kembaraku Azman Ali diberi kesempatan untuk memandu uji versi Klasik dan juga Scrambler. Beliau telah pun menguji motosikal ini dibeberapa laluan seperti dikawasan pergunungan Cameroan Highland untuk melihat kuasa pendakian dan juga kelebihan pengendalian motosikal ini ketika melalui jalan-jalan yang mempunyai selekoh tajam. Selain itu beliau juga telah menunggang dari Pulau Pinang ke Lata Lembek untuk mengetahui kelasakan model ini dan juga penggunaan petrol.

Apa yang disimpulkan beliau adalah, motosikal bersesaran 149cc ini yang mempunyai kuasa maksimum
Tangki petrol 14 liter
8.7kW pada 8,000rpm dan daya kilas 11.9N.m pada 6,000rpm tidak mengecewakan. Dengan daya kilas yang tiggi pergunungan Cameron Highland setinggi 1,600 meter itu seperti sebuah bukit bagi Brixton ini. Enjin SOHC penyejukan udara ini juga sungguh efisien dengan suntikan bahan api yang juga mematuhi piawaian emisi EURO IV. Kapasiti tangki petrol yang besar membuatkan perjalanan dari Pulau Pinang ke Cameron Highland pergi dan pulang tanpa perlu mengisi ulang petrol disepanjang perjalanan

Lampu-lampu Brixton adalah berasaskan LED kecuali lampu utama yang menggunakan lampu jenis halogen. Lampu DRL didekorasi dengan menarik di disekeliling lampu utama. Lampu belakang dan lampu brek mempunyai rekabentuk klasik. Walaupun kelihatan kecil ianya sangat terang dan jelas kelihatan. Tidak dilupai lampu signal; ke empat-empat lampu signalnya sangat terang supaya pemandu lain nampak dengan jelas. Yang penting penunggang mesti menggunakannya ketika hendak membelok.
   
Lampu utama Signal LED Lampu belakang LED

Tidak cukup dengan itu, Brixton dilengkapi pula dengan sistem brek kombinasi (CBS - Combine Brake System) membuatkan mengambil selekoh tatkala menuruni cerun Gunung Jerai yang berliku menjanjikan tunggangan yang bersahaja.

Kusyen empuk Brixton
Tunggangan santai dari Pulau Pinang ke Lata Lembek dengan kelajuan 90kmj ke 110kmj pula menjanjikan perjalanan yang santai. Posisi tunggangan yang sungguh ergonomik tidak meletihkan, kusyen yang empuk membuatkan perjalanan jauh itu bagai tidak terasa. Tulisan Brixton yang tertera dengan megah dihujung belakang kusyenya membuatkan pemiliknya terasa bangga memilikinya

Untuk melihat spesifikasi penuh model ini anda bolehlah merujuk ke website MForce ataupun klik disini. Untuk mereka-mereka yang sukakan motor klasik tetapi tidak mempunyai masa untuk megubahsuai Brixton boleh dijadikan satu opsyen untuk anda.

Cafe racer Classic Scrambler

No comments:

Post a Comment