lockStd

Monday, December 30, 2013

Indochina 2013 trip - Day 1 (Bahagian 2)

Dari Padang Besar kami gerak ke Hat Yai. Naik taxi-van macam orang Siam yang lain2. Masuk je dalam teksi wow. Nicely decorated van. Tak caye? Tengok la sendiri
Hujan sikit dalam perjalanan. Percaya tak inilah hujan terakhir untuk kami selama 8 hari
Selepas 45 minit dalam van, driver tanya nak turun kat mana? Bagi tau stesen keretapi Hat Yai dia tak faham. Last2 bagi tau "chi cha chi cha" terus mengangguk. Halangan pertama. Bahasa.
Sampai je di stesen chi cha chi cha sekitar jam 12 tengah hari, terus cari tiket. Minta yang special express train. Harga tiket THB705 per pax. Bertolak jam 4.23 petang dan dijangka sampai 5.55 pagi. Dah beli tiket simpan beg. Time jalan2 di Hat Yai. Untuk pengetahuan, yang berharga THB455 pun ada tapi time travel lebih 5 jam dari special express train. Ops ini untuk kelas 2 air-cond seating.

Masuk supermarket Robinson beli sim card Siam. AIS pakej internet berharga THB450 valid untuk sebulan. Unlimited usage. HSPA connection. Laju mengalahkan U-Mobile yang digunakan di Malaysia.

Pusing2 di sekitar Lee Garden Plaza. Snap itu dan ini.
Dalam dok pusing2 tu terjumpa sebuah pick up "Jerman ke Indonesia". Dari nombor pendaftaran kami tau ini bukan pick up Thailand dan juga bukan Indonesia. Nasib baik tak jumpa owner kalau tak mau ada sessi interview
Matahari makin meninggi... sarapan pagi tadi dah habis dikonsumsi. Pusing2 jumpa kedai makan Maliam
Menu? Simple je. Yang mengenyangkan. Berbaloi tak harga THB270 untuk menu di bawah?
Perut dah kenyang... kaki pun dah lenguh, balik ke stesen yang di panggil
Ops... posing sekali dulu di depan stesen

Perbelanjaan yang digunakan di dalam posting ni cuma THB705 untuk tiket, Lain2 tak kira.



If you want to see more photos of my trip be my friend. Add me FB omaothman









No comments:

Post a Comment