lockStd

Tuesday, December 10, 2013

Important Notice from the Malaysian Embassy in Bangkok



Tarikh: 10 Disember 2013

Kepada semua warganegara Malaysia yang ingin mengunjungi bandaraya Bangkok dalam masa terdekat,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawa pada umumnya keadaan semasa dan keselamatan di bandaraya Bangkok masih terkawal dan tenang walaupun terdapatnya beberapa siri protes dan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh barisan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kepimpinan kerajaan semasa. Namun sekiranya kunujungan saudara/saudari ini dapat ditangguhkan, ianya sangat dialu-alukan buat masa ini sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

3. Andaikata kunjungan ini merupakan suatu keperluan seperti menghadiri mesyuarat, bayaran tempahan tiket dan penginapan telah pun dibuat,pihak Kedutaan tidak dapat menghalang niat dan tujuan saudara/saudari sekelian. Namun sebagai peringatan saudara/saudari dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-tempat perhimpunan awam seperti Victory Monument, Phayathai, Ratchadamri, Ratchadam Noen, Suan Luang yang merupakan 'hot spots' pada ketika ini.

4. Sekiranya saudara/saudari menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan Kedutaan, talian kecemasan 089 0284659 yang beroperasi 24 jam boleh dihubungi. Pegawai yang bertugas akan sedia menjawab setiap panggilan yang dibuat.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.

Roszaini Che Pee
Setiausaha Kedua (Konsular)
Kedutaan Besar Malaysia
BANGKOK



Question / Soalan / Pertanyaan


If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment. Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen

No comments:

Post a Comment