lockStd

Wednesday, April 20, 2016

Terowong Komunis Weng

Semuanya berpunca dari satu posting di FB... dari situ semangat berkobar2 nak pergi ke sana. Terowong komunis Piyamit dan Khao Nam Khang sudah dilawati jadi tak patut sangat di negeri sendiri tak pergikan.

Berdasarkan petua yang diberi, saya dan tiga orang kawan bergerak ke lokasi.

Bagaimana nak ke sana?

Cara nak kesana.... dari pekan Baling ambik jalan K157, nampak saja Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, ambik jalan nak pi Tanjung Pari. Ikut jalan lama. Hampa tanya la orang kampung depa tunjuk nanti. Ikut saja jalan tu sampailah jumpa simpang tiga T dan kona kiri ke Tanjung Pari. Lebih kurang 1km ada titi. Lepas titi mesti nampak signboard ini.

Dah nampak signboard tu, ada simpang kecil di sebelah kanan. Jalan berbatu sahaja. Ikut jalan tu masuk ke dalam. Kira2 dalam 4km akan ada simpang Y. Ambil sebelah kanan.
Jalan masuk
Dari situ terus sahaja. Akan jumpa kem askar. Kat situ ada orang kata kena daftar tapi waktu saya ke sana tak perlu pun. Dari situ terus sahaja ikut jalan.

Untuk sampai ke terowong dari simpang Y kira2 15km

Nak mudah lagi masukan kodinat berikut di GPS anda.


GPS Point
5.862080N, 100.912009E





Apa yang best sangat di situ? Ntah la saya pun tak tahu sebab belum sampai lagi. Hampir2 sampai actually. Ada lagi 1km tapi kami dah kena balik sebab semakin gelap dan juga hujan.

Dari foto kawan2 dan juga video yang di ambil, laluan masuk ada 2. Di dalam tu macam di Piyamit atau pun Khao Nam Kang. Cuma pihak askar tak bagi usik harta2 di dalamnya.

Trail

Nak cerita tu susah jugalah jadi saya cadangkan anda tengok video yang sempat di rakamkan di dalam perjalanan. Ini merupakan sebahagian kecil. Ada 6 anak sungai seperti gambar yang anda perlu tempuhi. Anda perlu berdoa agar tidak hujan. Jika hujan anda pasti menyesal masuk sana melainkan dengan kelengkapan yang cukup.

Insha Allah saya akan sambung lagi cerita ini nanti apabila sampai ke terowong. Ada gambar2 orang lain tapi tak best la nak share kan. Untuk lain2 gambar sepanjang trail ini anda boleh lihat di sini


Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.

5 comments:

  1. Simpang Y tu saya ambik sebelah kiri kira salah la? Haha. Patut tak jumpa kem askar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang salah la. Saya pun mula2 macam tu juga. Sebab tu tandakan tips tu. Cuma hari tu tak ambil GPS point kat simpang

      Delete
  2. Saya difahamkan terowong yg disebelah Thai dah lama siap untuk destinasi pelancongan. Dibuat cantik dengan mengekalkan binaan dan struktur asal.
    Soalnya kita sepatutnya lebih awal berbuat sedemikian.

    ReplyDelete