lockStd

Showing posts with label New model. Show all posts
Showing posts with label New model. Show all posts

Wednesday, May 20, 2020

SYM VF3i 185 LE Edisi terhad dengan ABS

 
Nama SYM VF3i sudah berada di bibir peminat motorsikal sejak 2018 lagi apabila model ini pertama kalinya di perkenalkan di Malaysia. Selepas setahun versi V2 pula diperkenalkan dengan warna dan grafik yang lebih menarik. Tidak berhenti di situ saja, MForce selaku pengedar sah SYM di Malaysia meluncurkan varian edisi terhad VF3 185i ini yang turut dipasang dengan sistem brek ABS. Warna matt-grey dihiasi indah dengan grafik berwarna hijau-epal dan rim hijau betul-betul menampakan mengapa varian ini dipanggil edisi terhad.

Apa yang menarik seperti yang diulas oleh En Asri Ahmad yang merupakan Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings, enjin bagi varian VF3 ini telah dinaik taraf oleh jurutera-jurutera SYM berdasarkan maklum balas dari pemilik2 varian terdahulu. Enjin
 
masih lagi SOHC 183cc satu selinder penyejukan cecair tetapi kuasa enjin dipertingkatkan menjadi 19.7 HP pada 9,000 rpm dan daya kilas 17.4 Nm pada 7500 rpm.

Peningkatan ketara berbanding model terdahulu yang seharusnya dimengertikan kenapa 'tagline' LAGI BERDESUP digunapakai sewaktu pelancarannya. Peningkatan kuasa enjin ini diikuti dengan SYM menaiktarafkan kepala selinder, aci sesondol, injap-injap berserta
 
spring dan juga lengan jumpelang (rocker-arm). Tidak cukup di situ aci pengimbang (balance shaft) turut dipertingkatkan untuk mengimbangi gegaran enjin akibat dari peningkatan kuasa. Badan pendikit dibesarkan dari 28 mm sebelum ini kepada 30 mm selain struktur dalaman peredam bunyi untuk pengaliran gas yang lebih lawas. Banyak juga toyol-toyol dalam VF3 edisi terhad ni kan.

 
Seperti varian sebelumnya lampu hadapan, lampu belakang, lampu penunjuk arah dan juga DRL masih mengekalkan spesifikasi sebelumnya. Terdapat sedikit kelainan dari segi warna pada paparan meter kelajuan. Lampu paparan LCD juga ditukarkan kepada warna biru.

Untuk sistem brek, VF3 masih mengekalkan sistem cakera tunggal dengan diameter 250
 
mm di depan dan 200 mm di belakang. Cakera breknya ditukarkan ke jenis 'petal' berbanding bulat pada versi terdahulu. Apa yang menjadi ciri khusus edisi terhad ini adalah sistem brek ABSnya. Varian ini turut mencipta rekod di Malaysia kerana ia adalah kapcai pertama dipasang dan dijual di Malaysia dengan sistem brek ABS

SYM VF3 185i LE ini didatangkan dengan warna matt grey berharga RM9,338.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. MForce juga menawarkan jaminan pengeluar dua tahun atau jarak tempoh 20,000 kilometer (mana yang lebih awal).

Read More »

Friday, October 18, 2019

Sessi pandu-uji Benelli 502C, 150S dan SM Sport 110E

Getting ready for the session
Sempena dengan pelancaran model-model dari Benelli, pihak MForce menganjurkan sessi pandu-uji khusus untuk wartawan-wartawan yang hadir untuk mereka merasai sendiri penunggangan model-model seperti 502C, 150S dan juga SM Sport 110E.

Sessi pandu-uji ini diadakan di kawasan parkir Hotel Equatorial pada pagi 23-Sep-2019. Walaupun kawasannya agak terhad sekurang-kurangnya para wartawan dan merasai sedikit kemampuan jentera-jentera itu untuk menjadi bahan tulisan mereka

Wartawan-wartawan dari Paultan, I-moto, Bernama, Enjindotcom, Kapcai, Roda-Roda, MotoRev dan blogger-vlogger seperti Bob Yp, Rider Chriss juga turut serta di dalam sessi ini.

Tulisan-tulisan mereka boleh diikuti di website and juga vlog masing

   
Read More »