lockStd

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, August 18, 2022

Backyard Cafe Betong

 
Backyard Cafe ni kepunyaan seorang guru. Beliau dengan menantu bawa mai idea cafe ni nuu dari Chiang Mai - menggunakan konsep cafe in garden. Nice setup beliau. Kira2 tu sampai saja di situ disambut oleh angin yang bertiup nyaman dari pekan Betong. Sempoi angin tu. Tak sejuk dan tak panas. 34C je. Cafe ni kan terletak di atas bukit yang dikelilingi pokok-pokok. Ada pokok durian, ada pokok depu. Pokok apa lagi pun tak tahu. Banyaklah.

Lagu mana nak pi cafe ni. Hampa mai dari pekan Betong. Dari jam besar senang. Lajak mai ke Hospital Betong. Lepas sikit hospital ada trafik lait. Kona kiri. Ada kona Mick Doohan situ. Jangan turunkan lutut layan kona pasai nak kena turn right. Jalan kampung. Mini tat. Ikut saja. Tak sesat aih.


Berbalik kepada cafe ni.... memang santai. 5x kami tukar lokasi sehinggalah dapat satu tempat di bawah pokok. Situ baru ngam. Pusing adik manis waiter tu cari kami. Sweet
 
adik tu. BTW kami order espresso yang dihidangkan bersama air soda. Kopi tu rasa sampai ke Baling. Selain tu order juga segelas latte dan moccha sejuk. Tak puaslah. Order lagi. Teh o pulak. Cafe ni menggunakan Ahmad Tea untuk teh o mereka.
 
Ney.... baru rasa minum. Chek orang kampung. Dok tang manapun kena makan teh. Yang sempoi adik manis ni dia hantar satu-satu order kami. Kira tu 4 kali dia pi balik pi balik. Pasai nak tengok dia lagi order tambah roti bakar. Hampa tau dak... depa guna roti Gardenia yang disapu dengan salty-butter dan dibakar dengan pembakar Coleman. Rugi Che Li tak mai. Kalau tidak dia mesti buat video.


Dalam dok minum2 tu empunya cafe mai menyembang. Tu yang kami tau dia seorang guru. Sembang pong pang pi rupanya kita semua serumpun. Terkait lah. Bersaudara juga rupanya walaupun sejauh anak cucuk Tok Adam dan Hawa. Surau pun ada tau di sini. Sebiji rumah lagi. Siap beranda. Boleh minum kopi di beranda juga. Kawan-kawan kepada tokey mai dari Patthalung nu. Depa dok di beranda makan kopi.

Nak cerita apa lagi? Haaa dekat-dekat nak balik depa ajak ambil gambar. Macam selebriti juga la. Chewah.
 
Dan juga pesan kat depa buat signboard bagi besar. Ada la sainboard cenonet yang kata tu Backyard Cafe. Kami habag buat bagi besag. Nanti menyerama depa mai ambik gambar. Kalau nak tarik geng moto mai kena buat tempat tempek sticker. Pesan dah. Pi tengok tempat Halim tengok lagu mana dia buat.

Ui ui lupa nak habag. Total rega kami makan dan minum tadi ni. 180 thai baht. Murah ka mahai ka ianya relatif. Yang penting hati puas. Kalau tak puas tak dak pasai aih nak tulis-tulis lagu ni. Buang masa chek ja.

Read More »

Saturday, May 21, 2016

Koh Phan-ngan halal food

I have never been to Koh Phan-ngan as this article is published - 21-May-2016. However based on information sharing by friends, feel free to go there

West part of the island

The location is at 9.694372, 100.037289 or at the west part of the island. Based on info from Chiko Piz
No other information is available. I will keep the information updated once it is available
Read More »

Friday, April 29, 2016

Nasi itik Prachuap Kiri Khan

Nampak menyelerakan ke tak? Boleh lah singgah di situ. Kordinatnya ialah 11.710981E, 99.716147N di Prachuan Kiri Khan tak jauh dari Masjid Al Anson
Read More »

Friday, March 18, 2016

Apa ada di Betong

Betong landmark
Cerita je pasal Betong tak dak benda lain dah dalam fikiran sesetengah masyarakat. Hahaha padahal macam2 ada di Betong ni. Mai nak cerita one by one.
Mongkolit Tunnel
Terowong Mongkolit ni terletak ditengah2 Betong. Memang tak boleh miss punya lah. Kalau kita dari border,
Kawasan kompleks sukan Betong
Muzium Betong
jumpa je Jam Besar tu ambil pukul 3. Untuk ke kawasan kompleks sukan Betong yang ada stadium, kolam renang dan lain2, selepas keluar dari terowong, kona kiri naik bukit sikit tu. Pusing2 la di sana. Macam2 juga ada Selain tempat2 sukan dan riadah, di situ juga ada Muzium Betong tapi tak tahu bila time bukanya. Setiap kali pergi tak pernah pun buka. Atas lagi dari situ tak payah pi la. Sana tempat masat banyak la. Jangan terkejut kalau ramai yang menyapa anda di sana.
Tong Pos tertinggi didunia katanya


Keluar balik dari terowong hala ke Jam Besar Betong, ambil pukul 12, terus sampai trafik light. Tengok kiri sikit pasti nampak tong post tertinggi tu. Rasanya yang itu je kot kalau di dalam pekan Betong. Ada la taman2 / garden macam tu dan juga tokong2 pada yang berhajat.

Selain itu, kawasan sekitar Betong juga banyak seperti Piyamit Tunnel - tempat komunis dulu2, Kebun bunga 4 season, Ayag panaih Betong (Betong Hot Spring). Yang ni sapa saja pernah ke Betong mesti tau punya. Jalan lagi sikit ada tempat2 lain seperti Jeti Tapayao, Air terjun saja ada 3 atau 4, pekan koboi yang sekarang sudah ditinggalkan, Bang Lang dam dan juga jambatannya yang femes, Pokok besar "Back To Nature"

Pokok Besar - Back to Nature
Memang besar betul pokok tu. Mungkin mau 20 orang pegang tangan untuk keliling pokok tersebut. Ianya terletak di kampung yang disusun semula yang mana penghuni kampung merupakan anggota Parti Komunis Malaya yang telah meletakan senjata. Cerita lanjut berkenaan pokok itu boleh di baca di sini






Nanti la saya updatekan satu persatu di dalam blog ini sebagai rujukan pada yang nak rujuklah
Read More »

Saturday, November 21, 2015

Suhan.... Qom favourite food

ini di qom... berbekalkan title pelancong dari malaysia, kami dapat masuk dapur kedai buat suhan... makanan femes di sini. rasa macam cucuq kita saja tapi sangat tebal dengan rempah-ratus. kedai biasa2 saja ni.... kalau yang femes kedai lain la... boleh cecah beratus dollar satu bekas. ikut ceritanya suhan ini berasal dari qom... jika diluar qom tu bukan ori la.... thats all...
kalau nak try buat nah click sini untuk resepinya... kalau jadi bagi tau na... boleh la nak beli satu hahaha
Read More »

Saturday, October 24, 2015

Makanan halal directories in Thailand

Artikel hari ni berkenaan dengan makanan halal di Thailand. Jumpa satu link yang published tentang lokasi2 makanan halal di sana. Boleh cuba di

http://halallivingthailand.com

Kalau nak mudah lagi click di sini

Mudah2an bermanfaat


Read More »

Saturday, October 10, 2015

Lunch... Cambodian style duck soup

Lepak2 hujung minggu tetiba teringat kisah back packing ke Kemboja Dec-2013 yang lalu... korek2 gambar jumpa beberapa keping... terus nak ketik.

Waktu kat sana, En. Abubakar ajak saya dan Nasir ke kebun beliau. On the way singgah beli itik dulu. Itik nila beb.
Dah tak ada orang Islam lain selain kami bertiga jadi kena sembelih sendiri la. Sori la... pegang boleh la... Jadi Nasir volunteer jadi tukang sembelih
Itu saja keje kami. Lepas tu ronda2 dalam kebun yang dipenuhi pokok gaharu yang siap sedia untuk diproses.

2 jam macam tu.... sup dah siap. Inilah sup iti stail kemboja.... kampung style. Pi di pekan tak dak resepi ni. Rasanya well... sedap...
Tak dak jual tu.... jadi tengok betul2 hahahaha

Dah siap semua... apa lagi tuan rumah jemput kami makan. Makan bersila... 2 pinggan la bedal sup tu
Lepas makan lepak2 sekejap lepas tu kami balik ke Phnom Penh. Kira2 dalam 9 malam baru sampai. Saya akan sambung lagi cerita ini... Panjang keseluruhan ceritanya.

OK deh... permisi ya

Read More »

Friday, October 9, 2015

Prahoek.... mabeles colet dari Kemboja


Ini adalah prahoek. sejenis sambal cicah ulam dan juga ikan rebus yang sangat popular dikalangan orang cham - kegemaran saya juga ni. Baunya sangat kuat... budu jatuh no 5 kalau banding bau. sedap subhanallah...

cara makan.... macam kita makan ulam juga. cicah sahaja. boleh juga dimakan bersama daging bakar.

harga tak tahu
dimana jual pun tak tahu sebab saya makan dirumah orang cham - makan cemey la katakan tu yang bertambah sedap.

recommendation - kalau touring ke kemboja carilah kawan2 cham pi la rumah dia minta prahoek.
Read More »

Thursday, October 8, 2015

Minum tagalog di Siem Riep

Pagi ni nak sambung lagi pasal food. kali ni sejenis minimuan femes di Cambodia. pi la tang mana pun mesti ada.

Orang Cambodia panggil tagalog... kalau kita ice blended buah2an campur.

Apa istimewanya? beberapa jenis buah dicampurkan bersama kuning telur, sedikit susu condensed. tempat yang ramai orang biasanya ada ramuan rahsia, dicampur belaka dan di blend bersama aih ketui

hasilnya wallawey... sedap...

harga 2000 ke 5000 riel... cakap khmer dapat murah cakap english kena kapak. stended la kan smile emoticon

kebersihan.... jangan tanya la

biasa2nya minuman ini ada dijual bersama 'pong ti kun' atau pun 'phnum pang saik chruup' grin emoticon grin emoticon grin emoticon - tok sah makan la no

tagalog tu pada pendapat saya halal cuma kalau gerai tu ada jual makanan lain ushar2 la dulu. kot masuk katergori was2
Read More »

Wednesday, October 7, 2015

Makan jagung di tepi tasik

Selamat pagi semua abam2 dan akak2 adventorer2.... saya pengen share info2 pasal makanan di tempat2 yang pernah saya lawati

hari ni nak citer pasal jagung rebus. tu dia gambar dia.... nama dalam khmer saya dah lupa sebab saya memang tak berapa suka makan. nak makan dia bagi sedap kena makan dengan jeruk lobak.... tu piring kecik sebelah tepi tu. ngap jagung suap jeruk 1... macam tu la sampai habis.
tempat makan dulu2 di prek leap... ntah ada ke tak lagi la ni tak tahu la. nak pi sana ambik titi pertama dari river view yang cross sungai tonle sap tu.

yang best tang ni ialah ada ndoi... hampa tau tak ndoi? tu gambar no 2 tu. kita pilih pondok mana nak dok nah dok la sampai malam....
untuk orang2 luar yang tak tau langsung cakap khmer bayar dulu la waktu serving. insist untuk depa ambik. kalau tak nanti jagung tu berharga 30 40 dollar nanti

sebenagnya ada gambar yang lebih cantik tapi tak boleh tunjuk sebab menyembunyikan rohasia hahaha
Read More »