|
Betong landmark |
Cerita je pasal Betong tak dak benda lain dah dalam fikiran sesetengah masyarakat. Hahaha padahal macam2 ada di Betong ni. Mai nak cerita one by one.
|
Mongkolit Tunnel |
Terowong Mongkolit ni terletak ditengah2 Betong. Memang tak boleh miss punya lah. Kalau kita dari border,
|
Kawasan kompleks sukan Betong |
|
Muzium Betong |
jumpa je Jam Besar tu ambil pukul 3. Untuk ke kawasan kompleks sukan Betong yang ada stadium, kolam renang dan lain2, selepas keluar dari terowong, kona kiri naik bukit sikit tu. Pusing2 la di sana. Macam2 juga ada
Selain tempat2 sukan dan riadah, di situ juga ada Muzium Betong tapi tak tahu bila time bukanya. Setiap kali pergi tak pernah pun buka. Atas lagi dari situ tak payah pi la. Sana tempat masat banyak la. Jangan terkejut kalau ramai yang menyapa anda di sana.
|
Tong Pos tertinggi didunia katanya |
Keluar balik dari terowong hala ke Jam Besar Betong, ambil pukul 12, terus sampai trafik light. Tengok kiri sikit pasti nampak tong post tertinggi tu. Rasanya yang itu je kot kalau di dalam pekan Betong. Ada la taman2 / garden macam tu dan juga tokong2 pada yang berhajat.
Selain itu, kawasan sekitar Betong juga banyak seperti Piyamit Tunnel - tempat komunis dulu2, Kebun bunga 4 season, Ayag panaih Betong (Betong Hot Spring). Yang ni sapa saja pernah ke Betong mesti tau punya.
Jalan lagi sikit ada tempat2 lain seperti Jeti Tapayao, Air terjun saja ada 3 atau 4, pekan koboi yang sekarang sudah ditinggalkan, Bang Lang dam dan juga jambatannya yang femes, Pokok besar "Back To Nature"
|
Pokok Besar - Back to Nature |
Memang besar betul pokok tu. Mungkin mau 20 orang pegang tangan untuk keliling pokok tersebut. Ianya terletak di kampung yang disusun semula yang mana penghuni kampung merupakan anggota Parti Komunis Malaya yang telah meletakan senjata. Cerita lanjut berkenaan pokok itu boleh di baca di
sini
Nanti la saya updatekan satu persatu di dalam blog ini sebagai rujukan pada yang nak rujuklah
No comments:
Post a Comment