lockStd

Showing posts with label Back To Nature. Show all posts
Showing posts with label Back To Nature. Show all posts

Monday, October 28, 2019

Lawatan ke gua-gua di Gunung Pulai - Bahagian 1

Tak sangka pula trip sarapan ke Warung Mat Noi Route 67 pada 28-Okt-2019 disambung pula dengan lawatan ke gua-gua yang berada di Gunung Pulai. Ini semua gara-gara Kak Lia (Puan Norlia merupakan wartawan bebas untuk Sinar) yang lewat sampai di Mat Noi. Tuan punya restoran memperkenalkan kami dengan Kak Lia. Perbincangan singkat menjurus kepada tujuan meluaskan kempen kesedaran Program Selamatkan Gunung Pulai. Rancangannya adalah menganjurkan Campmeet Pulai 2019.

 
Untuk tujuan ini, semua setuju untuk melihat cadangan tapak perkhemahan di tepi sungai yang menurut Kak Lia sangat sesuai. Apa lagi kami pun bergerak ke lokasinya. Walla!!! itu perkataan pertama keluar dari mulut setelah tiba dilokasi cadangan tapak perkhemahan. Sangat sesuai walaupun kawasan tersebut baru sudah dinaiki air. Mungkin waktu sekarang tidak sesuai - musim hujankan. Musim kemarau merupakan waktu terbaik untuk Campmeet Pulai nanti - setidak-tidaknya peserta tidak perlu risau tidur di dalam air.

Guide kami En Isa mengajak untuk melawat beberapa buah gua dikawasan sekitar. Antaranya Gua Kelambu, Gua Tembus, Gua Ikan. Sebelum masuk ke gua-gua ini,
 
En Isa memberi taklimat ringkas pantang larang apabila berada di dalam gua. Antara pantang larangnya adalah tidak boleh mengambil apa-apa di dalam gua tanpa izin dan tidak boleh bercakap besar. Selain itu jika anda seorang wanita mestilah suci dari haid. Tekun juga la kami mendengarnya.

Dari tempat taklimat, kami melalui jambatan gantung. Menarik juga kerana jambatan ini belum saya dokumentasikan. Insha Allah cerita jambatan ini akan diceritakan di dalam artikel yang lain pula nanti.

 
Selepas jambatan ini ada poster besar "Save Gunung Pulai" yang diletakan dihujung jambatan. Kak Lia juga merupakan aktivis Save Gunung Pulai yang telah membawa isu ini hingga ke pengetahuan pihak Menteri Besar Kedah.

 
Lawatan kami bermula dengan memasuki Gua Kelambu. Menurut En. Isa, Gua Kelambu dijaga oleh makhluk halus 5 bersaudara, 3 lelaki dan 2 perempuan. Antara yang menarik di sini adalah tempat beradu raja, makam sultan dan beberapa lagi arca-arca menarik yang terbentuk dari stalagmait dan stalaktait gua batu kapur. Sesuatu yang menarik di gua ini adalah bau harum semerbak di dalamnya. Sebaik melintasi 'kawasan' tertentu bau harum itu hilang. Hanya melintas 'sempadan' haruman kembali menusuk hidung.
 
Harum sungguh baunya. Apabila ditanya kepada rakan-rakan lain tidak ada siapa yang merasai keharumannya.

Setelah keluar dari situ kami melalui kawasan perkuburan untuk ke gua yang seterusnya. Berhenti seketika menghadiahkan AlFatihah kepada roh-roh yang jasad mereka disemadikan di situ. Antara yang menarik disitu satu nisan yang bertarikh 997. Sukar juga mempercayainya kerana tarikh tersebut agak lama tetapi keadaan batu tersebut seperti baru. Tidak ada kesan-kisan nisan purba. Cuma nisan biasa. Dua pusara tersebut berada agak tinggi dari pusara-pusara lain.

Dengan memanjat sedikit, kami menemui sebuah lagi gua iaitu Gua Tembus. Kata En Isa pintu gua ini harus di 'buka' untuk memasukinya. Antara yang menarik di sini adalah penemuan kulit-kulit siput yang begitu banyak. Pada hemat saya siput-siput laut terlalu banyak di sini dengan erti kata lain seperti tempat pembuangan. Siput-siput itu seperti sudah dimakan kerana hujung belakangnya telah dipotong. Selain itu terdapat tulisan-tulisan purba di dinding gua. Juga terdapat satu terowong pendek yang dikatakan laluan Bunian. Ada tiga bongkah kayu di situ yang menurut En Isa dijaga oleh tiga puteri iaitu Puteri Subaidah, Puteri Embun dan Puteri Ayu. Apabila ditanya adakah mereka turut menjaga gua yang sebelumnya. Jawapan ringkas dari beliau adalah tidak, tanpa penjelasan lanjut.

Gua Tembus ini diberi nama sedemikian kerana pintu masuk dan pintu keluarnya berbeza. Kami keluar dipintu lain dan mengikuti denai menuju ke gua seterusnya, Gua Ikan. Dalam perjalanan ke Gua Ikan kami melalui Gua Matahari. Di dalam gua ini - kami hanya melihat dari jauh terdapat struktur seperti keris, mungkin juga terpengaruh dengan cerita En Isa kerana ia hanyalah salah satu bentuk stalagmait dan stalaktait.

Gua Ikan merupakan satu gua batu kapur kecil yang mempunyai kolam air. Yang menariknya di sini kolam tersebut mempunya ikan. Walaupun tidak besar tapi anak-anak ikan kecil itu berenang dengan aktif setelah air dikocak. Mungkin terdapat sungai bawah tanah yang merupakan salah satu komponen gua-gua batu kapur.

Gua Ikan merupakan gua terakhir yang kami lawati. Insha Allah jika ada kelapangan di lain waktu lawatan akan diteruskan di siri-siri gua seterusnya. Lawatan kami disudahi dengan makan tengah hari yang ditaja oleh Mat Noi Route 67. Semoga murah rezeki Mat Noi

Read More »

Wednesday, April 20, 2016

Terowong Komunis Weng

Semuanya berpunca dari satu posting di FB... dari situ semangat berkobar2 nak pergi ke sana. Terowong komunis Piyamit dan Khao Nam Khang sudah dilawati jadi tak patut sangat di negeri sendiri tak pergikan.

Berdasarkan petua yang diberi, saya dan tiga orang kawan bergerak ke lokasi.

Bagaimana nak ke sana?

Cara nak kesana.... dari pekan Baling ambik jalan K157, nampak saja Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, ambik jalan nak pi Tanjung Pari. Ikut jalan lama. Hampa tanya la orang kampung depa tunjuk nanti. Ikut saja jalan tu sampailah jumpa simpang tiga T dan kona kiri ke Tanjung Pari. Lebih kurang 1km ada titi. Lepas titi mesti nampak signboard ini.

Dah nampak signboard tu, ada simpang kecil di sebelah kanan. Jalan berbatu sahaja. Ikut jalan tu masuk ke dalam. Kira2 dalam 4km akan ada simpang Y. Ambil sebelah kanan.
Jalan masuk
Dari situ terus sahaja. Akan jumpa kem askar. Kat situ ada orang kata kena daftar tapi waktu saya ke sana tak perlu pun. Dari situ terus sahaja ikut jalan.

Untuk sampai ke terowong dari simpang Y kira2 15km

Nak mudah lagi masukan kodinat berikut di GPS anda.


GPS Point
5.862080N, 100.912009E





Apa yang best sangat di situ? Ntah la saya pun tak tahu sebab belum sampai lagi. Hampir2 sampai actually. Ada lagi 1km tapi kami dah kena balik sebab semakin gelap dan juga hujan.

Dari foto kawan2 dan juga video yang di ambil, laluan masuk ada 2. Di dalam tu macam di Piyamit atau pun Khao Nam Kang. Cuma pihak askar tak bagi usik harta2 di dalamnya.

Trail

Nak cerita tu susah jugalah jadi saya cadangkan anda tengok video yang sempat di rakamkan di dalam perjalanan. Ini merupakan sebahagian kecil. Ada 6 anak sungai seperti gambar yang anda perlu tempuhi. Anda perlu berdoa agar tidak hujan. Jika hujan anda pasti menyesal masuk sana melainkan dengan kelengkapan yang cukup.

Insha Allah saya akan sambung lagi cerita ini nanti apabila sampai ke terowong. Ada gambar2 orang lain tapi tak best la nak share kan. Untuk lain2 gambar sepanjang trail ini anda boleh lihat di sini


Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Saturday, April 2, 2016

Lata Celak - Kedah

Saturday morning... received WA message from Pak Eid... inviting me to his home town in Kampung Iboi, Kupang Kedah.


GPS Point
5.564783N 100.865801E



50-50 to go there or to go to Sadao BW. Been to Sadao BW before but never been to Kampung Iboi. Opt for the latter.

Based on GPS poing given by Pak Eid, taking route 4, Sungai Petani - Grik road.
in the water 555
Take a right turn when you see Masjid Al Huda on your right and Klinik Desa on your left. Along the way, you'll pass two schools i.e. Sekolah Menengag Jerai and Sekolah Kebangsaan Iboi. Both on your left. Right before a bridge crossing a small stream take right. Just follow the 'mini-tar' and stop wherever you like. There are a number of nice spots to choose from.

Here are some photos from my visit



Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »