lockStd

Tuesday, November 5, 2019

Benelli Leoncino di EICMA 2019

Dalam sedar atau tidak dah 10 tahun Benelli tidak pernah ketinggalan di dalam pameran EICMA. Untuk tahun 2019, seperti tahun-tahun sebelumnya,Benelli memperkenalkan model-model yang lebih hebat. Antaranya Leoncino 800 versi biasa dan juga trail, model lejen TNT600 yang baru dan skuter elektric Panarea EV

Penampilan dua versi Leoncino 800 di EICMA, melengkapkan keluarga yang memenangi tempat di dalam 10 model terbaik pada tahun 2015 - Leoncino. Dari Leoncino 250, 500 dan 800 lengkaplah kesinambungan sejarah 100 tahun desain klasik Itali itu yang diwarisi dari model yang pertama.

Penggunaan warna klasik kelabu-hitam dan rekabentuk kontour 3 dimensi digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Sejarah 100 tahun anak singa ini dilengkapkan dengan desain yang unik terutamanya pada lampu utama dan tangki bahanapi.

"Lion King" atau Raja Singa merupakan jolokan kepada model ini kerana ia merupakan model yang mempunyai enjin terbesar di dalam keluarga Leoncino. Untuk membawa nama itu beberapa perkara mestilah diberi karakteristik yang sesuai. Model ini dilengkapi dengan sistem front fork yang tegap - dari rupa sahaja ianya kelihatan gagah seperti seorang raja. Tangki bahanapi yang mempunyai kapasiti 15 liter menambahkan lagi karakter raja ini. Tak cukup dengan itu lampu depan yang dibentuk cukup unik dengan tambahan LED dibahagian tengah, meter kelajuan TFT terkini selain tempat duduk dan penyerap hentakan yang terbaik menjadi pelengkap kepada model ini. Lampu belakang yang mempunyai bentuk yang amat menarik dan tidak lupa, di fender hadapan berdiri sang singa sepertimana model-model lain di dalam keluarga ini.

   

Enjinnya pua terdiri dari enjin 754cc, dua selinder penyejukan cecair, 4-injap DOHC yang menghamburkan kuasa 81.6 HP pada 9000 rpm dengan tork 67 Nm pada 6500 rpm secara berterusan sepanjang masa ia ditunggangi. Selain itu enjin ini juga menggunakana sliding-clutch. Lampu-lampunya pula semua LED, penyerap hentakan 50 mm up-side down Marzocchi dan sistem brek 320 mm disk berkembar dan 260 mm disk tunggal Brembo

Versi scrambler pula dilengkapi dengan upturn double exhaust pipe dan tayar cross-country bersaiz 19 in di hadapan untuk memudahkan perjalan di kawasan luar bandar.

Leoncino telah menlangkaui masa dan diharapkan model 800 ini mampu berkongsi keseronokan menunggang bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain

 
Tidak banyak maklumat yang diperolehi untuk versi terbaru TNT600 dan juga model EV Panarea selain daripada beberapa gambar.

Di pameran ini juga Benelli melancarkan MyBenelli App. Aplikasi telefon ini diberitakan mampu mengesan lokasi motosikal anda selain dari berkongsi di media sosial. Setiap unit motosikal Benelli untuk pengeluaran 2020 akan dilengkapi dengan teknologi ini.

Sumber berita dari lawan web Benelli

No comments:

Post a Comment