lockStd

Friday, March 8, 2019

Media Ride To Betong (Part 1)

Antara keseronokan bekerja di MForce ni adalah dapat berinteraksi bersama rakan2 media.... dari media elektronik maupun media konvensional seperti majalah dan juga suratkhabar.

Bulan November lepas GM kami mencetuskan idea untuk mengadakan satu ride bersama media. Pucuk dicita ulam mendatang ni. Tanpa ragu dan tanpa berfikir panjang... sememangnya kami di MForce memang begitu... asal boss bagi idea kami ON saja untuk melaksanakannya. Company sukses kami pun sukses juga

Plan asal nak buat pada bulan Januari... memandangkan bulan Disember kami penuh dengan aktiviti. Ada dua pelancaran model baru pada bulan tersebut. Tup tup jenama H dah ada program. Jadi kami terpaksa tunda. Tak elok buat rancangan clash dengan orang. Nanti orang buat kan kita kan.....

Sedang ushar2 tarikh yang sesuai dari kalendar cina... tetiba dapat info - geng RFS150 ada nak buat mega gathering di Betong. Apa lagi terus lock date. Dah lock date kerja backward. My expertise kerja backward dan last minute ni.


Staff bertanya... nak buat apa dulu ni...

Tuhan bersama mereka yang berusaha... idea datang mencurah2. Hantar saja undangan kepada media. Dah hantar undangan baru kalut cari siapa nak uruskan di Betong ni. Ada lah beberapa nama tapi nama Halim YB berada di atas sekali.

Call dia... brief dia sekali lalu. Orang kalau dah berpengalaman ni kita bagi tau secara am apa kita nak saja. 2 hari lepas tu dia call balik "aku buat macam ni kat hang...." Macam tu je kami mencapai persetujuan.... hahaha jangan ingat semudah itu na....

Dua hari lepas tu.... Abg Halim bagi tahu bilik ada 8 saja. nahaih.... Nasib baik la media yang kami undang tu ada yang tak dapat ikut. Nak kata bersyukur tu tak la. Cuma tuhan tahu apa yang bagus untuk hambanya

Urusan di Betong setel...

Seperti biasa... apa lagi... kau kau kau buat ini. kau pula ini. kau yang itu. kamu ejas yang tu. Pendek kata kau kau saja. Siap belaka

Walaupun ber kau kau ada perkara yang menyusahkan.... biasa la last minute. Antaranya perihal souvenir. Mulanya nak bagi replica TNT899 pada Mayor Office tetapi saiz kotak pula. Nak tekan2 price pulak si pembekal. Kesudahannya tak jadi. Dia ingat kita last minute kita akan bayar apa dia nak... kirim salam la

Cukup la dulu kot. Banyak2 pun boring je nanti membaca. Kita sambung bahagian seterusnya ya

2 comments: