Batu Cerita |
Sedih tengok... tinggal yang itu sahaja dari kegemilangan Kedah silam.
Sementara berada di sana sempat juga ambil foto dihadapan gerbang. Insha Allah beberapa maklumat baru akan di up kan untuk rekod Kembara Bersama Cikgu Bob ini
Bagaimana hendak kesana?
Peta lokasi |
Info lanjut
Lepas baca inskripsi di batu tersebut.... tertanya2 siapakah Sultan Kedah pada waktu itu? Menurut sejarah Kesultanan Kedah di wikipedia, waktu itu Kedah belum mempunyai Sultan sebaliknya diperintah oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Shah dari tahun 1767 hingga tahun 1821 kemudian diganti oleh Sultan Mudzaffar Shah III dari tahun 1821 hingga 1825. Jika Sultan Ahmad Tajuddin memindahkan pusat pemerintahan ke Alor Star, dimana pusat pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah? Kena selidik lagi ni1 Tunku Yaakob (juga dikenali sebagai Tunku Embon) merupakan adik kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda Kedah. Walaupun begitu menurut amanat nenda baginda Almarhum Sultan Mohamad Jiwa Zainol Azilin Syah wilayah Kayang dan Sentol diperintah oleh Tunku Yusof. Tunku Yaakob telah dibunuh oleh Orang Besar ketua askar Siam-Ligor yang memerintah Kedah. Setelah kembali ke Kota Setar, Sultan Ahmad mengarahkan kubur beliau telah dibongkar dan dikuburkan semula di luar Makan Langgar akibat penderhakaan.
2 Dengan bantuan Raja Ligor
3 Sultan Ahmad Tajudin dikatakan tinggal di istananya di Kuala Bahang pada tahun2 sebelum 1821 - Dinamakah Kuala Bahang ini?
No comments:
Post a Comment