lockStd

Showing posts with label petua_food. Show all posts
Showing posts with label petua_food. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Ghout - nanas, lobak putih dan buah keras

From Kol Azzam Rjr. Penawar Gout:

Assalamualaikum minasan, おはようございます....

Jangan bergantung dgn ubat kimia. Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!

Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Sy tk mampu sholat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara sy beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT sy ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya sy sakit apa ya? Sy jawap Gout Pak. Cuba cari sebiji nanas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg beterusan minum lah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout sy dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout sy dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yg masak - Lobak putih 250gm - 3 biji Buah Keras.

Read More »

Tuesday, March 1, 2016

Petua tradisional - Pisang

Dikutip2 dari FB supaya ianya tidak hilang ditelan posting2 lain

KHASIAT PISANG


1. Masalah sembelit : Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

2. Tekanan darah : Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

3. Seimbangkan fungsi jantung : ‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

4. Redakan tekanan : Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

5. Kurangkan rasa mual : Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

6. Kulit pisang - parut luka : Parut luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

7. Jadi penawar penyakit berikut :
  • Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Tapi waspada walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Selamat mengamalkan.
Read More »

Monday, February 1, 2016

Petua tradisional - Air kelapa

Dikutip2 dari FB supaya ianya tidak hilang ditelan posting2 lain

KHASIAT AIR KELAPA MUDA


1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

selamat mengamalkan
Read More »

Friday, January 1, 2016

Petua tradisional - Kurma

Dikutip2 dari FB supaya ianya tidak hilang ditelan posting2 lain

KHASIAT KURMA


1. Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga. “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan. Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin. “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25 Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Selamat mengamalkannya
Read More »