lockStd

Showing posts with label cross border. Show all posts
Showing posts with label cross border. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Bawa kenderaan orang lain ke Thailand - Apa yang diperlukan

Macam2 prosedur yang kita dengar tentang dokumen yang diperlukan untuk melintasi sempadan Malaysia - Thailand apabila membawa kenderaan orang lain.

Dari posting di FB, saya ringkaskan maklumat berikut berdasarkan komen2

Apa yang penting sekali ialah dapatkan chop, salinan ataupun pengesahan yang lengkap untuk mengelakan anda di paw atau ditegah masuk ke Thailand oleh pihak imigresen mau pun Kastam

Bukit Kayu Hitam - Danok

- Authorization letter
- Salinan IC owner

Durian Burung - Ban Prakop

- Authorization letter

Pengkalan Hulu - Betong

- Authorization letter
- Salinan IC owner

Rantau Panjang - Sungai Golok

- Authorization letter siap dengan chop pesuruhjaya sumpah
- Salinan IC owner
- Jika salinan geran mesti kena certified true copy dari JPJ

Padang Besar

- Authorization letter

Wang Kelian

- Authorization letter

Info di atas benar setakat 07-Apr-2016











Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Tuesday, April 5, 2016

Perlukah travel insurans?

Dah lama saya mencari2 travel insurans hinggalah seorang rakan mengalami kemalangan. Dari dia dapat tahu lebih lanjut tentang travel insurans ini.
Berikut adalah salah satu pakej yang ditawarkan oleh Sime AXA. Nak habag na Sime AXA tak bayar lima det pun promote depa ni. Cuma nak bagi tau pada rakan2 traveller kita patut ambik bila nak travel.

Banyak nak kena baca.... jadi ambik lah masa bacalah polisi anda tu. Boleh melawat website di sini Nak cerita banyak2 saya pun tak tahu. Baru nak apply untuk trip akan datang.

Andainya anda perlukan bantuan ejen sila hubungi Cik Julie di 016-203-1933. Ini pun saya tak ada komisen. Sekadar memudahkan andai diperlukan. Nama dan nombor diperolehi daripada komen rakan2 di group FB Adventure Touring Malaysia











Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Sunday, December 20, 2015

Cross border Huay Xai (Laos) to Chiang Kong (Thailand)

Sekadar berkongsi pengalaman melintasi pintu sempadan Laos-Thailand sewaktu Ride Itik MTLCV.
chiang kong border
Pekan terakhir sebelum menuju ke pintu sempadan
Sesampai je di pintu border Huay Xai sapa je guard kat depan tu. Walau pun terang2 tulis Thailand tanya pi lah. Kita rakyat Malaysia kan ramah.....

Ikut lorong private car. Berhenti sebelum bumbung atau penghadang. Kasi laluan secukupnya untuk van lalu - van2 dari Siam akan ikut laluan yang sama. Kalau halang nanti depa bising2 kat situ.

Hala ke kaunter imigresen... tanya dia OK park motorsai? Dia mesti jawab OK punya. Jangan lupa senyum sebab depa susah nak senyum pada orang.

Hulurlah semua dokumen perjalanan seperti passport, white card dan geran motor beserta insurans. Kami diminta bayar 25,000 kips. Pegawai Imigresen kata "After Custom you come here". You follow police car"

chiang kong border
OTW ke pintu sempadan kedai kopi ni on your left
Ke kaunter Kastam - sekali lagi serahkan geran dan insurans. Dia tanya letter from Thailand. Jawab je pass to Thai Immigration dipintu masuk anda. Kastam tu pula minta 50,000 Kips. Ada resitnya. Lepas tu kembali ke Police Car dan ikut melepasi friendship bridge

Di sebelah Thailand pula parking di lorong kereta. Pastikan ada ruang untuk van. Sama seperti di Laos tadi sebabnya driver van tu orang Siam juga. Faham2 je la

Jalan sikit ke pintu utama untuk pejalan kaki. Ada meja disusun dan ada orang disitu. Pass passport dan geran. Dia akan buat 3 salinan. Isi white card dan pergi kaunter 17. Depa akan tulis surat conveyance tu tanpa apa2 bayaran.

Kemudian ke kaunter imigration. Serahkan passport, conveyance form, white card dan 2 copy geran dan passport. Lepas chop2 geran dan passport fotostat akan dilekatkan pada conveyance form copy kita punya. Kena bayar THB200. Tak der resit.
chiang kong border
Pintu masuk ke kawasan imigresen Laos
Siap di imigresen gerak ke booth Custom. Pass geran dan passport copy. Lepas tu dia kata boleh blah aku nak main telefon ni. Belah la....

That is it. After that you dah boleh keluar dah dan sambung perjalanan ke Thailand.
Read More »