lockStd

Showing posts with label Greece. Show all posts
Showing posts with label Greece. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Meteora Monastery

Tak berapa hari dah lagi nak cerita pasal landmark ni.... hari ni pasal Meteora Monastery di pekan Kalabaka Greece. Ada satu gereja atas puncak batu granite. La ni ada jalan dah naik situ. Dulu depa regang tali kabel jadi gayut pi sana

katanya binaan ini dari zaman Byzantine lagi. Ada dalam 100 keping gambar semua tempat ni tapi saya boh satu sudah. boleh tengok tong2 kayu anggur depa buat wine tapi yang menyentuh perasaan sekali ialah bila paderi tu kata ni kayu dari bahtera nabi noh. depa guna buat ketuk loceng. kayu tu 5in x 5in... panjang dalam 10 kaki kot. lurah2 kayu tu sebiji macam cerita dalam buku sejarah tentang bahtera Nabi Noh A.S.

paderi tu kata kat saya hang ni banyak tanya sangat... sebab tu dia bawa saya pusing2 seluruh kawasan tu sampai ada tempat2 yang pelancong tak boleh masuk pun dia bawa.... tu yang banyak gambag tu :)

kalau nak cerita pasal tempat ni 4 jam pun tak habis... tapi tak mau cerita sini... kot ada yang tak suka pasal ini tempat ibadat ugama lain. kalau rajin nanti saya tulis dalam blog meunthem.blogspot.com

yang penting ianya landmark penting.
Read More »

Wednesday, October 28, 2015

Temple of Poseidon

Temple of Poseidon... Dewa Laut Yunani kuno.... terletak di Semenanjung Sounis kira2 70km dr Athens. Pi sana bawa skuter dgn kawan2 Greek jadi tak tau macam mana nak bagi petua. Ikut depa saja.

Landmark ni tak boleh miss punya... dia satu saja di situ berbanding di Athens berlambak2kan. Saya dah pun melawat 8 dari 14 dewa2 utama Yunani kuno. Teringin nak perabih tapi modai dah habih.

Tempat ni kosong tak dak sebarang tempat teduh jadi tok sah pi waktu summer. Sangat2 panas... depa (kawan2 greek) kata pernah cecah 50C waktu tengahari. Cuaca panas dan kering.... jadi 50C tu macam dok dalam oven la.

Tok sah cerita la kot sapa Poseidon tu. Tanya pak cik google je la

Sekian cerita landmark saya hari ni. Nanti free2 sikit saya tambah gambar di sini
Read More »